Ketiak selalu berpeluh meskipun duduk di tempat berhawa dingin. Tapak tangan sering berpeluh dan sukar untuk membuat kerja. Anda perlu berjumpa doktor untuk memeriksa masalah kesihatan anda kerana itu mungkin adalah tanda anda terkena hiperhidrosis ataupun peluh berlebihan. Ia merupakan rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh. Ramai orang menganggap itu hanyalah perkara biasa tetapi sebenarnya tidak.
Kesan buruk : Berpeluh adalah memalukan, dan kadangkala meninggalkan kotoran pada pakaian, dan ia merumitkan perniagaan dan interaksi sosial. Kes yang teruk boleh membawa kesan serius, menjadikan ia sukar bagi orang yang mengalaminya untuk memegang pen, cengkaman stereng, atau berjabat tangan.
Punca lain peluh berlebihan : masalah tiroid, menopaus, obesiti, tekanan perasaan, limfoma ( tumor ), genetik.
Kawasan hiperhidrosis : Tapak tangan, ketiak, kaki, wajah, badan.
Kaedah rawatan :
1. Ubat topikal seperti produk antipeluh.
2. Iontophoresis – peranti bateri menyampaikan arus eletrik rendah kepada tangan,kaki atau bawah lengan.
3. Ubatan oral – Termasuk ubat yang menghalang impuls saraf kelenjar peluh atau kurangkan pengeluaran peluh.
4. Botoks – Menyekat sementara blok saraf yang mencetuskan kelenjar peluh.
5. Pembedahan – Biasanya dikhususkan untuk kes hiperhidrosis teruk selepas rawatan yang lain gagal.
6. Simpatotomi – Memutuskan dua kelompok sel saraf ( ganglions ) pada saraf simpatetik, menyekat laluan saraf yang menyebabkan peluh berlebihan.