Portal berita Telegraph semalam melaporkan, Bill Gates telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Microsoft dan akan mengambil peranan baru sebagai penasihat teknologi dalam pengurusan. Kini jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dilantik oleh Satya Nadella.
Pengumuman itu menamatkan pencarian ketua baru Microsoft selepas Steve Ballmer mengumumkan hasratnya untuk bersara pada bulan Ogos. Nadella adalah CEO ketiga dalam sejarah 39 tahun penubuhan Microsoft selepas Bill Gates dan Steve Ballmer.
Menurut Bill Gates, tidak ada orang yang lebih baik untuk memimpin Microsoft selain Satya Nadella. Satya adalah seorang pemimpin yang terbukti dengan kemahiran kejuruteraan yang mendalam, visi perniagaan dan keupayaan untuk merapatkan masyarakat. Visi beliau akan bagaimana teknologi akan digunakan dan pengalaman di seluruh dunia adalah apa yang Microsoft perlukan kerana syarikat ini memasuki bab seterusnya melibatkan pengembangan inovasi produk dan pertumbuhan.