Jenama pakaian dan beg terkemuka Michael Kors menjadi kegilaan wanita sejak akhir-akhir ini terutamanya di negara Asia Tenggara. Mungkin anda adalah salah seorang penggemar beg tangan, jam tangan, kasut ataupun aksesori Michael Kors , tetapi apa yang anda tahu mengenai jenama ini? Siapa pemiliknya? Jadi kami senaraikan 10 fakta menarik mengenai Michael Kors yang mungkin anda tidak tahu.
1. Butik Michael Kors mempunyai 533 buah cawangan butik di seluruh dunia. Syarikat itu yang mula bertapak di New York, kini mempunyai HQ di Hong Kong, melaporkan mempunyai pendapatan bersih sebanyak $ 398juta ( RM1bilion ) dengan pendapatan fiskal sebanyak $ 2.2 bilion ( RM6bilion ) pada tahun 2013.
2. Michael Kors, 54 tahun, yang berhenti belajar di Fashion Institute of Technology dan melancarkan koleksi pakaian wanita pertama pada tahun 1981. Jenama itu berjaya menembusi butik mewah seperti Bergdorf Goodman dan Saks. Kini Kors bukan sahaja berjaya dari segi penjenamaan produknya, bahkan menjadi salah satu nama besar dalam fesyen apabila tampil menjadi hakim di dalam rancangan fesyen popular iaitu Project Runway.
3. Ibu Kors adalah seorang Yahudi dan bapanya adalah keturunan Sweden. Kors dilahirkan dengan nama Karl Anderson, Jr di Long Island, New York, dan merupakan anak Joan Kors , seorang bekas model, dengan suami pertamanya, Karl Anderson, seorang pelajar kolej. Ibunya kemudian berkahwin semula dengan Bill Kors apabila dia berusia lima tahun, dan nama keluarganya telah ditukar kepada Kors.
4. Kors pernah diisytiharkan muflis pada tahun 1993 selepas pelabur dari Itali jatuh muflis.
5. Pada tahun 2004, Kors telah melancarkan koleksi pakaian dan aksesori dengan harga yang lebih murah dan mampu milik yang juga merupakan titik permulaan kejayaan jenama Michael Kors. Kors juga mengembangkan rangkaian jenamanya dengan memulakan penjualan minyak wangi dan beg tangan. Pada tahun 2006, jenama itu mula membuat langkah agresif dengan membuka butik ‘lifestyle’ yang pertama.
6. Pada tahun 2010, pada usia 50 tahun, beliau menjadi orang termuda yang pernah menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada Majlis Pereka Fesyen Amerika.
7. Michael Kors telah mengumpul keuntungan lebih daripada $ 700 juta di dalam penjualan saham IPO ( Initial Public Offering ) sejak tahun 2011.
8. Dengan lonjakan harga saham syarikat Michael Kors sebanyak 18% semalam, Kors kini sudah bergelar seorang bilionaire. Kors kini memiliki kira-kira 2% saham syarikat barangan mewah, yang bernilai kira-kira $ 390juta ( RM1bilion ).
9. Antara selebriti yang menggemari pakaian dan aksesori dari jenama ini termasuklah Michelle Obama, Heidi Klum, Naomi Campbell, Cath Blanchett,Jennifer Lopez, Gwyneth Paltrow, Cameron Diaz, Catherine Zeta-Jones dan Sandra Bullock.
10. Di Malaysia, jenama beg tangan,aksesori seperti gelang, jam tangan dan kasut jenama Michael Kors digemari wanita kerana harganya yang berpatutan dan rekaan beg sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Jenama ini mempunyai perjanjian pelesenan dengan Valiram Group ( peruncit barangan mewah ) dan membuka dua butik di Malaysia yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur dan 1 Utama, Petaling Jaya.
Sumber : Business Insider , Forbes