Apa yang anda fikir bila lihat model dan supermodel Victoria’s Secret? Bentuk badan menawan? Kaki yang panjang dan kurus? Badan yang sangat flat tanpa sebarang lemak? Kagum bukan? Rasa tidak mampu lakukan itu semua tapi masih impikan bentuk badan sedemikian, katakan BOLEH dalam diri anda, tanamkan perkataan AKU BOLEH. Ingin lihat pelan latihan model Victoria’s Secret dalam mendapatkan bentuk badan idaman? Kami kongsikan
Pelan Latihan Alessandra Ambrosio
Disiplinkan diri untuk workout sebanyak mungkin yang boleh, sentiasa habiskan masa di gimnasium. Bila ingin dapatkan warna kulit tan, sentiasa berjemur di Pantai California. Selain itu, Alessandra mengamalkan pemakanan yang sihat, tidak makan makanan yang sembarangan, dikawal. Sentiasa makan salad, sayur-sayuran dan minuman jus, sukakan jus timun. Kurangkan makanan manis seperti kek dan makanan ringan lain.
Pelan Latihan Lindsay Ellington
Jika tidak workout, supermodel ini hadirkan diri ke kelas kecergasan dan yoga. Supermodel ini suka makan makanan organik sihat dan banyak makan sayur-sayuran. Juga sukakan jus dalam rutin harian setiap pagi. Setiap pagi dapatkan jus daripada Juice Press atau Organic Ave, ianya sangat sihat untuk dalaman. Menurut Lindsay, dia telah berhenti minum kopi dan gantikan dengan amalan jus buahan dan sayuran, buat diri lebih bertenaga dan diri rasa lebih baik lagi.
Pelan Latihan Adriana Lima
Sarapan. Adriana biasanya mengambil oatmeal dengan kismis dan putih telur. Dia juga amalkan yogurt dimakan bersama madu. Supermodel ini mengikuti pelan diet kawalan. Makan tengahari, Adriana mengambil ikan, ayam atau daging merah dengan beberapa sayur-sayuran. Dia biasanya makan sayur-sayuran hijau bakar. Adriana percaya bahawa serat merupakan sebahagian penting yang membantu dalam pemprosesan makanan dan mencegah kalori daripada terkumpul di dalam tubuhnya. Untuk makanan ringan Adriana menggunakan sayur-sayuran mentah seperti timun dan lobak merah yang menyegarkan selepas melalui hari yang panjang, juga mengambil sedikit coklat untuk tenaga dan sesudu madu juga. Untuk makan malam pula, supermodel ini hanya mengambil salad sahaja, tiada permakanan lain.
Video Victoria’s Secret Model Workout