Jenama ais krim yang terkenal dengan kemewahan rasa coklat Belgium, MAGNUM, baru-baru ini telah menganjurkan sebuah majlis, ‘Drench your Palette in Gold‘, bertujuan untuk berkongsi dengan peminat-peminat akan penghasilan aiskrim berkualiti premium ini. Magnum telah membawa Outstanding Chef of The Year 2011, Nathalie Gourmet untuk mengendalikan majlis tersebut yang berlangsung di Nathalie Gourmet Studio.
Menurut Nathalie Gourmet, objektif MAGNUM menganjurkan acara seperti ini adalah sebagai usaha dalam berkongsi kualiti premium dan pencuci mulut mewah sebaik dan semewah kualiti emas. Menariknya, aiskrim yang dihasilkan turut mengandungi saduran emas (edible gold).
Chef Nathalie Arbefeuille juga telah berkongsi kemahiran kulinarinya bersama peminat MAGNUM dan juga mengajar cara mengendalikan bahan-bahan yang perlu digunakan. Dua pencuci mulut yang telah disediakan secara eksklusif oleh Chef Nathalie untuk Magnum bersama peminat adalah ParfaitIce-Cream with Gold Leaves dan Gold Lava cake.