Menurut laporan portal Bangkok Post, seorang wartawan Jepun yang digambarkan sebagai “kacak” dan “menawan” menjadi popular di rangkaian sosial dan menyebabkan isu mengenai protes anti-kerajaan di Thailand yang memboikot pilihanraya umum sedikit reda. Gambarnya yang diambil memakai baju kalis peluru telah dikongsi oleh pengguna laman sosial yang menyifatkan wajah beliau sebagai “mencairkan”.
Gambar wartawan tersebut, Daijiro Enami , 28 tahun, yang bekerja untuk stesen televisyen Fuji Television Network telah dikongsikan beribu-ribu kali di laman Facebook, Twitter dan Instagram selepas penunjuk perasaan anti-Kerajaan telah memuatnaik gambar yang diambil oleh mereka bersama Daijiro.
Enami telah menemuramah pemimpin anti-kerajaan Suthep Thaugsuban dan pilihan raya umum Ahad lalu di daerah Bung Kum , di mana Perdana Menteri Yingluck Shinawatra pergi mengundi.
Menurut laporan dalam akhbar harian Thai Rath , Enami dilahirkan di Kanagawa pada 30 September 1985 . Dia bermain sukan besbol di sekolah tingginya dan mempelajari undang-undang awam di Universiti Keio – salah satu universiti terkemuka di Jepun.