Kulit cerah dan berseri tentunya menjadi idaman setiap wanita. Jadi tidak hairanlah wanita sanggup berhabis untuk mendapatkan kulit yang cerah dan berseri. Oleh sebab itu, Za, jenama kosmetik yang sentiasa menawarkan produk yang berimej unik ini bakal melancarkan rangkaian produk terbarunya iaitu Za True White Ex.
Za True White Ex terdiri daripada enam produk iaitu Za True White Ex Cleansing Foam (Pembersih Wajah), Za True White Ex Toner ( Toner), Za True White Ex Essence Lotion (Esen / Losyen), Za True White Ex Day Cream (Krim Siang), Za True White Ex Night Cream (Krim Malam) dan Za True White Ex Exfoliating Clay.
Kandungan Triple Whitening
Rangkaian Za True White mengandungi bahan yang bertindak untuk mencerah dan juga untuk melembap. True White Ex bertindak mengurangkan bintik-bintik hitam, ketidaksempurnaan kulit dan parut jerawat melalui kandungan aktif pencerahannya – Whitening 4MSK kandungan pelembapan spa yang tinggi. Hasilnya, kulit yang lembut, licin dan cerah sempurna.
Kandungan pencerahannya diformulasikan dengan Whitening 4MSK dan dua derivatif Vitamin C (APM, VC-IP). Whitening 4MSK adalah kandungan pencerahan yang efektif dan telah dinovasikan oleh Shiseido lebih 13 tahun. Ia mampu menghalang pembentukan melanin, mempercepatkan penghapusan melanin daripada kulit, menjadikan kulit sekata dan menyamarkan parut dan bintik hitam. Bersama-sama dengan 4MSK, ialah derivatif dari Vitamin C, APM dan VC-IP mengdioksidakan melanin, melancarkan penyingkirannya dan mengembalikan kulit cerah berseri.
Kandungan pelembapannya mengandungi bahan-bahan spa seperti Natural Spring Water dari Cazzaro Mountain (Tuscany, Italy), Aquainpool, Glycerol, TMG, Trehalose, dan White Lily. Bahan-bahan ini bertujuan untuk memberikan kesan pencerahan yang menakjubkan di mana ia tidak memberi tekanan kepada kulit, bagaikan menjalani pencerahan spa muka setiap hari! Selain itu, wangian bunga hijau Teh Ros, diadun dengan wangian Jasmin dan kesegaran Lilac pasti mampu memberi ketenangan ketika memakainya.
1. Za True White Ex Cleansing Foam (100g, RM 19.90)
Mulakan langkah pertama dengan membersihkan wajah dengan pembersih wajah Za True White Ex. Pembersih ini adalah dari jenis berbusa dan bertindak lembut pada wajah dan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang mengandungi melanin daripada permukaan kulit dengan buih halus. Ia memberikan kesan kusyen untuk kulit anda dan menghasilkan kulit yang lebih berseri dan bersih. 2. Za True White Ex Toner (150ml, RM39.90)
Langkah kedua ialah penggunaan toner. Toner pencerahan ini adalah jenis losyen lembap yang akan membuatkan kulit kelihatan terhidrat dan bersinar. Toner ini juga meninggalkan rasa sensasi dan segar selepas setiap kali penggunaan.
3. Za True White Ex Day Cream SPF20 PA++ ( 40g, RM49.90)
Kekalkan kelembapan kulit sambil lindungi daripada sinar UV yang merbahaya pada waktu siang. Krim ini bertekstur ringan dan akan membuat pengguna berasa segar dan selesa sepanjang hari.
4. Za True White Ex Night Cream (40g, RM49.90)
Za True White Ex Night Cream bertindak ketika anda sedang tidur. Gunakan pada waktu malam sebelum tidur dan anda akan lihat kulit yang lebih lembap dan bersinar ketika anda bangun tidur keesokannya. Krim malam ini juga bertekstur ringan untuk menjamin keberkesanan dan keselesaan pengguna.
5. Za True White Ex Exfoliating Clay (100g, RM24.90)
Mask ini bertindak untuk mengatasi kulit kusam, menentang pori tersumbat dan juga menyingkirkan sel kulit mati yang mengandungi melanin. Gunakan Za True White Ex Exfoliating Clay sekali atau dua kali seminggu untuk kulit yang berseri dan bersinar.
6. Za True White Ex Essence Lotion (150ml, RM54.90)
Produk ini adalah “star” untuk rangkaian Za True White Ex. Diformulakan dengan kandungan Triple Whitening yang mengandungi 4MSK, APM dan Vitamin C essence (VC-IP), losyen ini menghidrat kulit dan memeri kesan kulit yang bercahaya. Pengguna tidak perlu lagi menggunakan sebarang esen atau emulsi tambahan.
Bertekstur seperti gel (gel-like lotion), losyen ini kaya dengan kandungan esen pemutihan. Selain formula pencerahan dan pelembapan Za True White Ex Essence Lotion mengandungi ekstrak Hydrolytic Pearl Protein yang diperoleh daripada conchiolin bahan yang wujud dalam lapisan Pinctada Fucata (Akoya Mutiara Tiram). Bahan ini terbukti berkesan sebagai bahan anti penuaan, menghaluskan dan mencerahkan kulit dan digunakan secara meluas dalam perubatan cina. Ia juga turut digunakan sebagai makanan istimewa atau ubat yang berharga, azimat, penawar, dan kosmetik.
Kesemua rangkaian produk Za True White Ex boleh didapati pada Mac 2014 di rantaian farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.