Pelakon, model dan pengacara Scha Alyahya adalah antara selebriti tempatan yang boleh dikatakan tidak pernah fail dalam berfesyen. Isteri kesayangan pengacara Awal Ashaari ini sering dilihat bergaya ringkas namun masih nampak classy dan tersendiri. Jom kita lihat 5 fesyen menarik yang pernah digayakan oleh bakal ibu ini, mungkin boleh beri anda inspirasi untuk keluar bersantai pada hujung minggu.
1. Scha nampak anggun dan klasik dengan pilihan blouse ringkas ala retro. Khabarnya blouse bercorak polka dot monokrom ini adalah dari koleksi yang dijual di kiosk Scha sendiri, Schapoholic yang terletak di The Curve. Tampak sempurna dengan trouser warna nude dan strap heels warna hitam, gaya pelakon dan pengacara tinggi lampai ini kelihatan seperti “Saloma moden”.
2. Sporty yet girly. Leather skirt warna coklat gelap dipadankan dengan t-shirt bercorak dan gaya ini kelihatan sempurna dengan kasut sukan warna biru gelap.
3. Walau hanya memadankan T-shirt plain warna putih dan pencil skirt bercorak kotak-kotak sahaja, Scha tetap dapat mengekalkan faktor “wow” dalam gayanya.
4. Sering mengenakan bodycon dress paras lutut, Scha memilih dress corak floral ini untuk menghadiri salah satu majlis anjuran SNE Beautskin. Anggun, feminin dan ringkas.
5. Scha juga seringkali dilihat memakai headband. Bow headband dari Sereni and Shentel warna hijau ini antara yang menjadi koleksi beliau. Padanan kemeja-t berkolar, high waist trouser dan wedges ini membuat Scha nampak muda dan ceria.
[ Sumber gambar dari : Facebook rasmi Scha Alyahya ]