Kami pun tidak pasti sama ada ini adalah rekaan pelik ataupun bijak kerana semua perabot yang kami ingin kongsikan dengan pembaca ini adalah diperbuat daripada buku dan berinspirasikan dari buku. Ya, buku. Buku-buku telah disusun dan membentuk perabot seperti katil , kepala katil, kerusi, meja dan sebagainya. Ada juga perabot yang mempunyai elemen buku yang bagi kami, nampak cantik. Kalau dilihat dari gambar yang dikongsi, kebanyakkan buku yang digunakan adalah buku-buku lama. Sayang pula, tapi rekaan perabot ini amat unik. Jom tengok!