American Apparel, sebuah jenama pakaian dari Amerika Syarikat baru-baru ini telah membuat kejutan apabila memilih Jacky O’Shaughnessy, 62 tahun sebagai model pakaian dalam mereka. Jacky O’Shaughnessy sebelum ini pernah menjadi model untuk jenama pakaian tersebut sejak tahun 2011 lagi namun memperagakan pakaian penuh.
Jika jenama pakaian lain sering memilih model muda sebagai muse, jenama ini pula berpendapat sebaliknya. Melalui akaun facebook rasmi, American Apparel memuat naik gambar photoshoot rasmi kempen dengan caption berbunyi
” Sexy has no expiration date. Jacky in Floral Lace Lingerie.” ( Tiada batasan untuk seksi. Jacky dalam Floral Lace Lingerie)
Mungkin ini merupakan salah satu strategi atau gimik jenama pakaian ini untuk menarik pengguna. Menurut Jackie, bakat beliau mula dikesan ketika bersiar-siar di di West Village, Manhattan. – sumber