Baru- baru ini laman web sosial paling popular iaitu Facebook telah memperkenalkan satu applikasi berbentuk slide show dinamakan sebagai “Look Back Facebook Video” sempena ulangtahunnya yang ke 10 tahun. Melalui applikasi ini pengguna-pengguna Facebook boleh mengimbau semula nostalgia kehidupan mereka dari hari mula mereka menggunakan rangkaian sosial itu.Pengguna boleh mengimbau semula gambar, status, dan juga life events mereka melalu applikasi berdurasi 1 minit tersebut.
Bagaimanapun , mungkin ada ‘moment‘ yang dipersembahkan oleh video pendek itu yang anda tidak berkenan atau tidak mahu imbau pun. Misalnya, gambar bekas kekasih yang pernah dimuatnaik atau mungkin juga status emo anda ketika ‘muda-muda’ dahulu. Malangnya applikasi tersebut adalah automatik dan pengguna tidak boleh menentukan sendiri kandungan yang akan dipaparkan melalui video itu.
Berita baik bagi semua pengguna Facebook, Menurut laporan Techcrunch.com laman web sosial ini sedang mengusahakan satu editing tool untuk membolehkan penggunakan menentukan sendiri kandungan “Look Back Facebook Video” mereka.
“We will be launching an Edit feature soon that will allow people to change moments in their movies or update the ones they shared. I don’t have exact timing at the moment, but this will enable people to remove a post from the movie that was pre-selected and change it to a different one.”
Jadi selepas ini bolehlah anda share “Look Back Facebook Video” berdasarkan pilihan anda sendiri .Pada yang belum mencuba, Wanista kongsikan link applikasi tersebut ya. Selamat mencuba.