Minggu Fesyen New York ( New York Fashion Week ) adalah salah satu acara yang paling penting tahun ini untuk pereka fesyen sehingga mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk memberikan pertunjukan fesyen paling sempurna. menunjukkan landasan yang sempurna. Menurut satu penilaian yang dilakukan oleh Fashionista, kos satu pertunjukkan fesyen termasuk yuran tempat, stylist, , PR ( khidmat perhubungan awam ) dan model boleh mencecah sehingga $ 200,000 ( RM600,000 ). Dan untuk jenama yang popular seperti Marc Jacobs, Chanel, mereka dilaporkan menghabiskan sebanyak $ 1 juta ( RM3juta ) untuk setiap pertunjukkan.
Acara yang dilakukan di Lincoln Center iaitu tempat dimana kebanyakkan pertunjukan fesyen diadakan boleh mencecah sewa sehingga RM180,000 untuk ruang pertunjukkan yang besar. Selain itu juga untuk stylist turut dibayar sehingga RM24,000 sehari manakala ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM30,000 untuk perkhidmatan sepanjang minggu.
Bayaran untuk model yang memperagakan pakaian semasa pertunjukkan fesyen tidak kurang hebatnya. Menurut laman web Buzzfeed, model dibayar sehingga RM3,000 untuk satu pertunjukkan fesyen, dan setiap pertunjukkan fesyen biasanya menggunakan sehingga 20-30 orang model bergantung kepada koleksi pakaian mereka.
Selain itu juga, pereka fesyen boleh menyiarkan pertunjukkan fesyen mereka menggunakan perkhidmatan siaran langsung di kaca televisyen dengan bayaran di antara RM60,000 sehingga RM150,000 jika ianya tidak termasuk di dalam pakej pertunjukkan fesyen yang disediakan oleh penganjur. Ada juga pereka fesyen yang membayar sehingga RM300,000 kepada selebriti popular supaya hadir ke pertunjukkan fesyen mereka dan antara selebriti yang pernah dibayar adalah Rihanna, Chloe Sevigny , Katy Perry dan lain-lain.