Buat julung-julung kalinya, minggu fesyen New York (New York Fashion Week ) diadakan di Brooklyn. Alexender Wang, pereka fesyen yang turut menyandang jawatan sebagai Pengarah Kreatif jenama Balenciaga ini memilih Brooklyn, sebagai latar atas alasan lokasi ini sesuai sebagai refleksi mood koleksi musim luruh ini.
Bercakap tentang koleksi terbarunya yang disifatkan sebagai ‘hippest’, Wang menjelaskan bahawa, koleksi beliau kali ini adalah kombinasi unik yang simple dan elaborate bertemakan survival seperti aktiviti lasak seperti perkhemahan dan aktiviti mendaki gunung selain tema sofistikated yang mewah. Antara yang dilihat digayakan model di atas pentas peragaan adalah jaket longgar menggunakan fabrik mewah seperti kashmir dan tunik dari fabrik silk. Kebanyakan koleksi direka dengan aksesori poket yang banyak ,lebih praktikal untuk tujuan survival.
Definisi survival yang dibawakan Wang adalah lebih menjurus kepada gaya hidup gadis di kota yang memerlukan mereka membawa banyak barang seperti notebook, telefon pintar, malah barangan seperti cermin dan gincu yang perlu dibawa kemana sahaja.