Zoo Copenhangen iaitu sebuah zoo yang berada di Denmark telah dikecam hebat kerana bertindak menembak, dicincang dan kemudiannya dijadikan makanan singa. Ironinya, kekejaman ini telah dilakukan di hadapan kanak-kanak sekolah yang datang melawat zoo itu. Zirafah yang diberi nama Marius ini baru berusia 2 tahun dan berada dalam keadaan sihat.
Pihak zoo memberi alasan bahawa gen zirafah itu tidak berada dalam golongan pupus dan terancam .Selain itu, Bagaimanapun, penjelasan ini tidak dapat memuaskan hati aktivis-aktivis haiwan yang membuat kempen di saat akhir bertujuan menyelamatkan haiwan berkenaan.
Selain 30 000 petisyen dari internet yang tidak mahu Marius dibunuh, Zoo Copenhagen juga menerima ancaman bunuh selepas menolak tawaran dari zoo lain yang mahu mengambil Marius sebagai haiwan angkat dan tawaran individu sebanyak 500,000 euros .
Pengarah Saintifik Zoo berkenaan Bengt Holst, menolak kecaman yang diberikan zoo itu dan berkata hal tersebut dilakukan bertujuan untuk mengawal populasi haiwan berkenaan.
Bagi kami di Wanista, walaupun tidak punya ilmu zoologi/ ilmu berkaitan yang tinggi, namun alasan Holst itu agak tidak wajar dan munasabah.