Umum mengetahui bahawa sarapan adalah masa makan yang terpenting untuk memastikan diet yang sihat. Tapi tahukah anda bahawa mengambil makanan manis untuk sarapan seperti kek coklat dan donut mampu membantu anda mengurangkan berat badan.
Menurut kajian yang dibuat oleh Universiti Tel Aviv, metabolism badan kita adalah berada dalam peringkat yang paling aktif pada waktu pagi jadi anda badan anda berpotensi untuk membakar kalori sepanjang hari. Dengan mengambil makanan manis seperti kek cokat di waktu pagi, keinginan anda untuk menikmati makanan manis pada hari tersebut juga akan menurun. Jadi ini bermakna, nafsu makan juga akan menurun sepanjang hari.
Satu ujikaji telah dijalankan terhadap 200 orang dewasa ( yang tidak menghidapi diabetis, )n kemudian kumpulan ini dibahagi kepada dua. Satu kumpulan diberi makanan tinggi karbohidrat yang mengandungi 600 kalori dengan memasukkan makanan manis seperti biskut,coklat, kek dan donut. Satu lagi kumpulan diberi 300 kalori sarapan berkabohidrat tinggi. Kedua-dua kumpulan dihidangkan sarapan yang kaya dengan protein seperti tuna,putih telur, keju dan susu rendah lemak.
Selepas 16 minggu, hasil diet kedua-dua kumpulan berkenaan adalah sama walaupun kumpulan pertama menikmati makanan lebih berkalori berbanding kumpulan kedua yang tidak mengambil makanan manis. Kumpulan yang mengambil makanan manis ketika sarapan didapati lebih mampu mengawal pengambilan kalori mereka dan kurang berasa lapar selepas pengambilan sarapan. Jadi mulakan diet anda dengan mengambil makanan manis sebagai pencuci mulut ketika sarapan.