Cantik dan bijak seiring. Wanista senaraikan 5 artis wanita Malaysia yang memang layak mendapat gelaran ‘Beauty With Brains’
5. Wardina Safiyyah
Ibu kepada tiga orang anak ini adalah seorang yang lantang bersuara. Bekas pelakon yang kini aktif mengacarakan program bual bicara seperti Malaysia Hari Ini (TV3) ini juga aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu, bersama sesiapa sahaja bagi mengajak masyarakat mengubah diri dan pemikiran kepada perkara-perkara yang positif dan baik. Mula beraksi di hadapan kamera seawal 6 tahun, Wardina juga pernah mengacarakan program TV berkonsep keagamaan seperti Al-Hidayah (TV3).
4. Lisa Surihani
Mrs Yusry yang turut mendapat jolokan Malaysia’s sweetheart ini adalah graduan undang-undang Help University College dan Aberystwyth University di Wales, United Kingdom. Satu-satunya anak perempuan dalam adik beradiknya, kepetahan Lisa bercakap memang tak ubah seperti seorang peguam sesuai dengan latar belakang pendidikannya. Kefasihan si cantik ini berbahasa inggeris juga telah terbukti, tonton saja gelagatnya dalam rancangan berformat pendidikan Oh My English! musim kedua.
3. Neelofa
Mula dikenali melalui pertandingan Dewi Remaja 2010, pelakon dan pengacara yang berasal dari Pasir Mas Kelantan ini adalah seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan yang begitu cemerlang. Pelajar straight A’s ini Bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan kemudiannya menyambung pengajian di Sunway University College dalam jurusan Perniagaaan yang mengkhusus dalam Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran. Bijak mengatur strategi perniagaan, Pengarah Urusan Bellavita ini juga memiliki kasut jenamanya sendiri.
2. Hanis Zalikha
Kebijakan pelakon,pengacara, model dan blogger ini begitu dilihat begitu menyerlah melalui tulisan-tulisannya di blog milik beliau , inibelogsaya.blogspot.com .Bakat beliau dalam bidang penulisan telah berjaya menarik jumlah follower seramai 45 814. Hanis juga Pemilik Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA ini telah tamat pengajiannya dengan Anugerah Naib Canselor ( mendapat anugerah dekan setiap semester).
1. Soo Wincci
Bekas Ratu Cantik Malaysia tahun 2004 ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari University of Reading, UK dan Sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan ( MBA) dari University of Sunshine Coast. Atas kecermelangannya, Soo Wincci juga telah mendapat biasiswa daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD). Selain itu beliau juga mendapat pendidikan latihan vokal, piano dan mencipta lagu. Pemilik wajah klasik cina ini juga telah membuktikan bakatnya dalam bidang masakan dalam pertandingan Masterchef Selebriti. So, do i need to say more?