Rasanya boleh atau tidak, pelakon serba boleh Rosyam Nor jadi penyampai radio? Nak tahu, Datuk Rosyam Nor dilihat kian mengembangkan bakat seninya apabila kini bergelar penyampai radio untuk stesen radio, Hot FM. Teruja? Untuk pengetahuan anda, Rosyam ditugaskan untuk mengendalikan segmen ‘Doktor R’ yang dijadualkan bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi.
Difahamkan, selain Rosyam, dua pelakon lain iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz turut bergandingan dalam segmen Diva @ AM Krew yang akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 pagi dan ulangannya pada 9 pagi. Jadi, lepas ini bolehlah dengar setiap pagi Rabu Rosyam Nor berceloteh menyelesaikan masalah orang di Hot FM.