Sejak beberapa minggu lalu, beberapa empangan dan loji di negara ini menyurut ke paras kritikal berikutan kerana dilanda kemarau. Lebih buruk lagi, ada negeri yang berkira-kira untuk mencatu bekalan air. Jadi kami ingin berkongsi tips bagaimana untuk menggunakan bekalan air di rumah dengan jimat.
Dari portal Ikim
Perubahan gaya hidup mesti dilakukan. Peringatan ini telah dilakukan banyak kali oleh banyak pihak. Hari demi hari ada saja kedengaran nasihat dan saranan untuk kita mengubah cara hidup demi memelihara alam yang kita diami. Namun, hari demi hari juga manusia menjadi semakin canggih dengan kepelbagaian ciptaan untuk memudahkan hidupnya tetapi kemudahan itu pula memberi kesan yang tidak baik kepada alam dan hidupan lain.
Di Dapur :
1. Membeli air botol dan menyimpannya. Anda juga boleh menyimpan air masak di rumah di dalam botol atau bekas untuk dijadikan minuman.
2. Jangan biarkan air paip mengalir ketika anda sedang menggunakan singki.
3. Elakkan menggunakan air yang mengalir untuk mencairkan daging atau makanan beku yang lain. Gunakan tetapan nyahfros pada alat gelombang mikro anda .
4. Semasa membersihkan sayur, elakkan daripada menggunakan air yang mengalir dari paip. Takung air di dalam bekas dan basuh dengan cermat. Kemudian, air tadi boleh digunakan untuk pembersihan atau menyiram tanaman .
5. Mencuci pinggan dengan tangan. Apabila membasuh pinggan dengan tangan, jimatkan air dengan mengisi dua bekas – satu dengan air sabun dan yang lain dengan air bilasan.
6. Mesin membasuh pinggan mangkuk menggunakan sehingga 14 gelen air setiap kali basuhan, tetapi jika anda perlu menggunakannya, pastikan anda mencuci hanya apabila mesin anda penuh.
7. Jangan sekali-kali membuang air ke dalam longkang apabila ia masih boleh digunakan untuk menyiram pokok.
Di Kamar Mandi
1. Pancuran air semasa mandi untuk lima minit.
2. Letakkan sebuah baldi di bilik mandi untuk menyimpan air yang berlebihan untuk menyiram pokok . Tutup paip air semasa mencuci badan dan rambut dengan sabun. Buka kembali semasa membersihkan badan.
3. Jangan biarkan air mengalir apabila bercukur atau memberus gigi . Mengisi cawan dengan air untuk digunakan semasa memberus gigi.
4. Elakkan mencurahkan air ke dalam lubang tandas jika tidak perlu . Buang tisu , serangga , dan sisa lain yang seumpamanya ke dalam tong sampah dan bukannya tandas.
Cuci Pakaian
- Kurangkan kekerapan mencuci pakaian.
- Basuh dengan air sejuk atau suam.
- Jika sedikit pakaian yang hendak dicuci, sebaiknya cucian dilakukan secara cucian tangan.
Anda perlu menyemak dengan pihak berkuasa tempatan atau utiliti air untuk maklumat mengenai sekatan air yang mungkin dikenakan untuk kawasan anda.