Buat julung kalinya , Godfrey Gao, pelakon kacukan Taiwan- Kanada, model dan juga jurucakap jenama SK-II akan datang ke Kuala Lumpur minggu hadapan, 21 Februari 2014 (Jumaat). Godfrey yang popular melalui drama lakonannya seperti Lover (2010) and Momo Love (2009). Dia kemudiannya melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa selepas dilamar untuk kempen Musim Bunga/Panas 2011 Louis Vuitton bersama model-model Asia elit yang lain.
Godfrey kemudiannya menaikkan lagi portfolio beliau apabila disunting menjadi jurucakap SK-II apabila SK-II melancarkan SK-II MEN series, rangkaian untuk lelaki. Selepas itu, SK-II telah menjadi seperti sebahagian daripada hidup Godfrey. Dia juga turut mengesyorkan SK-II MEN series kepada rakan-rakannya.
Sempena kedatangan Godfrey ke Malaysia, SK-II telah membuat satu tawaran istimewa untuk 20 pelanggan bertuah memenangi peluang hadir ke Parti eksklusif SK-II, dan berrjumpa Godfrey secara personal.
Hanya perlu beli SK -II Crystal Clear MEN yang pada harga RM 229 (bernilai RM336) atau SK-II Crystal Clear Set pada harga RM229 (bernilai RM317) di seluruh kaunter SK-II.
Tarikh akhir pembelian ialah 16 Februari 2014.
Godfrey akan membuat penampilan istimewanya pada 21 Februari 2014 , jam 5.00 – 6.30 petang di Suria KLCC Main Concourse.