Untuk adik-adik di luar sana, rancangan kartun Sheriff Callie’s Wild West, siri western pertama untuk kanak-kanak prasekolah, akan mula ditayangkan di Disney Junior (ASTRO Channel 613) bermula Isnin, 24 Febuari pada 1 tengahari, dibintangi Mandy Moore (‘Tangled’) yang membawakan suara Sheriff Callie.
Siri animasi musikal yang menarik ini memaparkan adat resam lama Orang Barat untuk menyampaikan kemahiran sosial dan pengajaran positif kepada kanak-kanak tentang persahabatan dan perjiranan yang baik. Siri Sheriff Callie’s Wild West mengikuti kisah Callie, syerif kucing Calico yang bertanggungjawab menjaga keamanan di bandar Nice dan Friendly Corners menggunakan lasso ajaib dan kepakaran cowgirl.
Selain dari Moore, siri ini juga dibintangi Lucas Grabeel (‘High School Musical’) sebagai Deputy Peck, naib Callie, dan Jessica DiCicco (‘Gravity Falls’) sebagai Toby, sebatang kaktus yang bertugas sebagai teman setia mereka.
Sinopsis :
Siri Sheriff Callie’s Wild West mengikuti kisah Callie, syerif kucing Calico yang bertanggungjawab menjaga keamanan di bandar Nice dan Friendly Corners menggunakan lasso ajaib dan kepakaran cowgirl. Selain dari Moore, siri ini juga dibintangi Lucas Grabeel (‘High School Musical’) sebagai Deputy Peck, naib Callie, dan Jessica DiCicco (‘Gravity Falls’) sebagai Toby, sebatang kaktus yang bertugas sebagai teman setia mereka.
Siri yang berlatarbelakang Old West yang menarik ini menceritakan kisah pada era tersebut untuk memaparkan pengajaran tentang sifat kemaafan, kejujuran dan perkongsian. Seperti program Disney Junior yang lain, muzik memainkan peranan utama dalam setiap siri, dengan setiap episod memaparkan dua lagu original yang menyerlahkan dan memperkuatkan lagi cerita. Dengan lagu bertema country-western, siri ini memberi penghormatan kepada filem western klasik dan hiburan muzikal cowboy dengan lagu-lagu seperti ‘We’re Gonna Clean up This Town’ dan ‘The Cowgirl Twirl’. Penyanyi anjing prairie yang comel menceriakan lagi suasana dengan lagu pendek dalam setiap episod, menekankan pengajaran yang diperkenalkan dan memberikan suasana komedi sewaktu perubahan babak.