Sentiasa rasa mengantuk? Lebih-lebih lagi ketika sedang bekerja ataupun belajar. Asyik menguap tidak kira waktu, mungkin semalam anda berpesta sakan atau bertungkus lumus menyiapkan tugasan sehingga lupa untuk berehat. 3 cara mudah boleh anda lakukan bagi memastikan anda sentiasa dalam keadaan peka.
Benda yang mengeluarkan bau mampu membuatkan anda alert
Tidak kisahlah tanya bau yang wangi atau busuk pasti anda akan terjaga bila menghidunya. Kajian menunjukkan bau pudina boleh menyebabkan anda menghilangkan rasa penat sebanyak 15%. Ataupun cuba bau minyak angin, pasti anda akan terjaga.
Minum air
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
Sinaran matahari
Ya, jika anda mengantuk sangat, cuba berdiri di depan sinaran matahari pasti anda akan sedar. Malah, jika anda sedang enak dilamun mimpi tiba-tiba sinaran matahari memancar tepat pada mata pasti anda akan mengelakkannya kerana ianya membuatkan anda terus sedar jadi lakukan perkara yang sama jika anda terusan mengantuk. Makin kuat sinaran matahari semakin kurang rasa mengantuk.
– Majalah Cleo