Ada di antara kita yang sanggup berhabisan untuk dapatkan casing telefon bimbit kesukaan mereka, cakap sahaja apa rekaan pasti ada. Tetapi ada ke casing berbentuk tangan manusia, lebih-lebih lagi tangan wanita? Pelik? Pernah terlihatkah anda? Casing berbentuk tangan manusia ini sangat popular di Jepun, ramai mengatakan casing tersebut sangat unik dan comel malah mempunyai unsur sentimental seperti sedang memegang tangan wanita bila anda memegang telefon bimbit. Tapi pada penulis ianya agak menyeramkan dengan keseluruhan saiz dan bentuk casing sememangnya tidak boleh diterima langsung. Persoalannya anda ingin beli atau tidak casing sebegini jika dijual di sini?