Akhirnya Simon Cowell bergelar bapa selepas menghamilkan isteri rakan baiknya, jutawan pemilik kasino, Andrew Silverman. Menerusi laman Twitter, Simon Cowell berkongsi gambar anak lelakinya, Eric Philip bersama teman wanita, Lauren Silverman. Lauren sebelum ini melahirkan Eric di Lenox Hill Hospital, New York.
Gambar yang dikongsikan di Twitter menunjukkan Simon dengan sifat kebapaannya memangku Eric berserta Lauren di sebelahnya dengan caption “Now you can see how very handsome little Eric is”, yang menarik lagi gambar tersebut diambil dalam format hitam dan putih. Bukan itu sahaja, Simon menjelaskan ini merupakan hadiah yang paling bermakna buatnya sempena Hari Kekasih dengan kelahiran Eric.