Adakah anda pernah mendengar mengenai sindrom ovari polisistik? Sindrom ini ialah sejenis gangguan endokrin yang menjejaskan 5–10% kaum wanita daripada semua bangsa. Ia merupakan gangguan hormon yang paling umum di kalangan wanita dan adalah salah satu sebab utama ketaksuburan. Ciri-ciri utamanya ialah ketiadaan pengovumant etap serta kesan hormon androgen-androgen (hormon lelaki) yang berketerlaluan seperti pertumbuhan janggut,bulu dan sebagainya.
Seorang wanita berusia 23 tahun mengalami sindrom ovari polsistik yang menyebabkan pertumbuhan rambut yang berlebihan dan dia telah mendedahkan bahawa dengan adanya janggut membuat dia berasa lebih feminin.
Harnaam Kaur berkata, rambut cepat tumbuh pada bahagian dada dan lengannya , dan keadaan itu telah menjadikannya mangsa ejekan di sekolah dan di jalanraya. Dia juga pernah menerima ancaman bunuh daripada orang yang tidak dikenali di internet. Dia kini telah memutuskan untuk berhenti memotong rambutnya selepas dibaptiskan sebagai penganut Sikh pada umur 16 tahun dan Sikh melarang penganutnya memotong rambut.
Walaupun sering diangga sebagai seorang lelaki, dia berasa lebih feminin berbanding sebelum ini dan tidak kekok untuk keluar rumah bersama adiknya yang juga penyokong utamanya.