Benarkah orientasi seks dipengaruhi oleh faktor genetik? Saintis sebelum ini percaya bahawa orientasi seksual dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan sosial. Namun, ada kajian yang menunjukkan bahawa, faktor genetik juga turut memainkan peranan dalam menentukan orientasi seks seorang lelaki.
Dalam satu kajian yang lebih menyeluruh oleh Dr Michael Bailey dari Univerisiti Northwestern, ke atas 400 pasangan kembar untuk menentukan samaada sesetengah lelaki berpotensi untuk menjadi homoseksual atas faktor genetik, lelaki gay berkongsi genetik pada sebahagian daripada kromosom X – Xq28.
Walaupun kajian ini berpotensi untuk dijadikan sebagai ujian pra-bersalin dalam menentukan orientasi seksual lelaki, ia tidak semestinya tepat, kerana terdapat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi hasilnya.
Dr Alan Sanders, Profesor Madya Psikiatri di Universiti Northwestern, yang mengetuai kajian itu berpendapat, masih terlalu awal untuk mengesahkan kebenaran kewujudan gen tersebut. Pada pandangan beliau, genetik bukanlah faktor utama dalam menentukan orientasi seks, gen yang menyumbang kepada terjadinya homoseksual itu wujud tetapi gen tersebut boleh dikaitkan juga dengan hetroseksual. Ia adalah satu variasi.
Kajian ini turut mengukuhkan kajian sebelum yang dijalankan oleh Dr Dean Hamer dari Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat pada tahun 1993 , dan di dalam kajian itu beliau turut menemui satu bahagian di dalam kromosom X yang dipercayai berkait rapat dengan orientasi seksual lelaki.
Pada tahun lepas, saintis dari Kanada menyatakan bahawa lebih ramai bilangan adik beradik lelaki (abang), lebih tinggi potensi seseorang lelaki untuk menjadi gay (adik lelaki).
Mereka percaya bahawa tindak balas imun yang dihasilkan oleh seorang ibu mengandung meningkat setiap kali mengandung , ini meningkatkan kemungkinan penghasilan sifat-sifat lebih feminin dalam otak janin yang berada dalam kandungan.
Setiap kelahiran anak lelaki , menyumbang kepada kemungkinan bahawa seorang lelaki menjadi homoseksual sebanyak satu pertiga. Penyelidik di University of California percaya bahawa homoseksual dapat dijelaskan oleh kehadiran epi-marks– “suis sementara” yang mengawal bagaimana gen kita diekspreskan semasa kehamilan dan selepas kelahiran.
Daryl Bem, seorang ahli psikologi sosial di Universiti Cornell, telah mencadangkan bahawa pengaruh faktor biologi pada orientasi seksual boleh dijelaskan oleh pengalaman zaman kanak-kanak. Perangai seorang kanak-kanak mempengaruhi kecenderungan seorang kanak-kanak untuk memilih aktiviti-aktiviti tertentu .
Menariknya gen yang sama tidak ditemui dalam faktor mempengaruhi homoseksual wanita. Dr. Bailey juga berpendapat bahawa faktor-faktor persekitaran adalah fakor yang mempunyai impak terbesar dalam mempengaruhi orientasi homoseksual.
Beliau juga turut menjelaskan perbezaan “persekitaran” dan “sosial”. Menurut beliau , faktor persekitaran adalah faktor yang tidak berkaitan dengan DNA ketika dilahirkan dan perkara yang tidak berkaitan dengan sosial. – Via