Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern Life) hari ini melancarkan Live Great Space, sebuah pusat interaktif khusus bagi membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat menerusi bengkel dan program berkaitan kesihatan dan kesejahteraan.
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya, merasmikan pelancaran Live Great Space berkata “Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat mengambil inisiatif bagi membantu meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia. Live Great Space Great Eastern Life ini merupakan salah satu inisiatif yang mampu menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan. Tahniah dan syabas di atas usaha mereka bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental masyarakat kita, dan saya ingin mengajak syarikat korporat lain agar turut tampil berkongsi pengetahuan yang mereka miliki.”
Program Live Great
Sebagai program kesihatan dan kesejahteraan bersepadu yang pertama dianjurkan oleh sebuah syarikat insurans di rantau ini, Program Live Great telah dilancarkan oleh Great Eastern Life pada April 2012 dan kini berada di tahun keduanya. Program tersebut dirangka bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengekalkan kesihatan fizikal dan mental, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk insan tersayang.
Great Eastern Life hari ini juga melancarkan aplikasi mudah alih Live Great Health and Wellness yang telah dinaik taraf. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengetahui status kesihatan mereka, menerima tips kesihatan bagi membantu mereka meningkatkan kesihatan, dan menikmati promosi daripada rakan kongsi Live Great.
Di bawah Program Live Great, Great Eastern Life telah menganjurkan beberapa acara besar termasuk acara larian popular Live Great Run pada tahun 2012 dan 2013 yang menarik penyertaan lebih 10,000 orang peserta. Edisi Live Great Run 2014 akan berlangsung pada bulan November.
Bagi meningkatkan lagi kesedaran umum mengenai kesihatan dan kesejahteraan, Great Eastern Life juga telah menganjurkan pameran kesihatan serta seminar dan bengkel, manakala buku panduan, Live Great Guide diperkenalkan untuk menjadi bahan rujukan yang mudah dibaca. Buku-buku panduan ini mengandungi tips mengenai pelbagai topik kesihatan dan kesejahteraan, termasuk langkah-langkah untuk mengekalkan kesihatan, menangani masalah kesihatan, mengekalkan kecergasan, mengatasi tekanan, serta tips gaya hidup berkenaan keibubapaan dan kewangan – secara umumnya, tips harian berkaitan gaya hidup ‘Live Great’.
Di samping itu, pemegang kad ‘Live Great’ Great Eastern Life akan menikmati pelbagai ganjaran dan manfaat yang menarik termasuk keistimewaan eksklusif menerusi lebih 700 rakan kongsi di seluruh Asia Tenggara.