Lebih daripada 20,000 umat Islam yang juga merupakan penduduk Sochi terlibat di dalam membina infrastruktur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 , di mana ada atlet beragama Islam dari pelbagai negara yang mengambil bahagian akan bersaing di dalam stadium jutaan ringgit untuk meraih pingat emas di dalam pelbagai acara.
Menurut laporan Al-Jazeera, bagi umat Islam di Sochi, sikap Islamofobia berleluasa telah memberi bayangan kebimbangan dan bahaya sepanjang berlangsungnya Sukan Olimpik. Liputan sukan Olimpik Sochi jelas mengaitkan Islam dengan ancaman pengganas, iaitu memberi gelaran wanita bertudung hitam “black widow” dan dan kebimbangan keselamatan semasa acara berlangsung, seolah-olah umat Islam yang menghadiri acara itu adalah pengganas.
Media dan retorik politik di Amerika Syarikat telah mengaitkan orang-orang Rusia dan orang Islam ke arah orang Islam dengan keganasan. Seperti pendirian tegas terhadap perlakuan homoseksual yang ditentang semasa acara Sukan Olimpik Sochi berlangsung, Islamofobia dibina secara mendalam di dalam undang-undang Rusia. Soviet memberi tumpuan kepada penutupan masjid, dan menghapuskan pusat-pusat agama dan ruang sebagai strategi mesyuarat etnik membersihkan orang Islam. Seorang wartawan Tim Murphy menulis artikel mengenai ketiadaan masjid di kawasan Sochi untuk 20,000 orang penduduk beragama Islam dan masjid paling terdekat berada 50 kilometer dari bandar Sochi iaitu Tkhagapsh. Walau bagaimanapun, Anatoli Rykov iaitu Datuk Bandar Sochi, memberitahu pemberita bahawa perbincangan untuk membina masjid pertama Sochi akan bermula selepas Sukan Olimpik.Akan tetapi, bilik solat telah disediakan untuk atlet Olimpik beragama Islam meskipun penginapan kurang sesuai buat mereka.