Tema ‘Magis Alam’ telah diangkat sebagai teman Anugerah Berita Harian 2013 yang bakal berlangsung pada 6 April 2014. Perkara tersebut telah diumumkan dalam majlis yang telah diadakan di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur semalam. Turut diumumkan adalah pengacara, penyampai trofi serta barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam anugerah tersebut .
Untuk majlis tahun ini, Amy Mastura dan Fara Fauzana telah terpilih sebagai pengacara manakala Didie Alias dan Awal Ashaari akan mengendalikan acara karpet merah. Menariknya, Nora Danish dan pereka fesyen Jovian Mandagie pula akan menjadi pengkritik fesyen yang mengangkat tema “Magis Alam” itu.
Program siri ABPBH 2013 yang bakal diadakan pada 2 Mac 2014 bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) .Sesuai dengan teman ‘Magis Alam’ program ini bertujuan mengajak peminat atau pembaca menjalankan kegiatan pemuliharaan alam semulajadi. turut diumumkan.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah Pertandingan Mencipta Objek Barang Terpakai dan Pertandingan Kitar Semula Terbanyak. Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan akhbar BH bermula 18 Februari hingga 22 Februari 2014.
Antara artis yang diumumkan akan menjadi penyampai trofi adalah Hanez Suraya, Hisyam Hamid, Irma Hasmie, Izreen Azminda dan ramai lagi. Artis yang akan membuat Persembahan pula adalah Black, Datuk AC Mizal, Hafiz, Hazama dan beberapa artis tempatan yang lain.