Produk kecantikan terkenal dari Provence Perancis, L’OCCITANE berorientasikan kepelbagaian ramuan serta sumber alam semula jadi dan diolah menjadi produk kecantikan. Diasaskan pada 1976, L’OCCITANE sebaris jenama produk kecantikan antarabangsa lain yang kini bertapak di lebih 80 negara dengan 1899 butik di seluruh dunia.
Memetik kata-kata pengasasnya, Olivier Baussan, “matahari tersenyum menyinari Provence.” “Kehangatan matahari menjadikan tanah subur dan orangnya mesra. Matahari memancar terang diibaratkan seperti produk kraftangan, budaya dan tradisi yang kekal dipelihara dari generasi ke generasi. Matahari, produk daripada tanah dan cintakan alam adalah ciri utuh Provence. Ia memberikan inspirasi untuk saya menghasilkan L’OCCITANE.
Daripada koleksi paling digemari iaitu produk aroma terapinya yang menyenangkan, shea butter serta aroma mewah La Collection de Grasse, jelas membuktikan jenama ini berada gah di kelas tersendiri dan tidak hanya fokus mengeluarkan produk organik tapi mempunyai kesedaran tinggi bila mana mereka memilih untuk tidak melakukan ujian produk ke atas haiwan selain menggunakan label menggunakan huruf Braille, istimewa untuk individu hilang penglihatan. L’OCCITANE sudah dikenali kerana kepelbagaian dan kemewahan ramun untuk lelaki dan wanita.
Turut hadir meraikan ulang tahun L’OCCITANE ialah pengacara dan pelakon Yasmin Hani. Penampilan Hani nampak lain dengan potongan rambut pendek tetapi tetap berseri semenjak melahirkan anak lelaki Noah Ismail Wong yang lahir pada 12 November lalu.