Akhbar TheStar semalam melaporkan bahawa untuk membeli rumah di kawasan Lembah Klang, anda perlu mempunyai pendapatan isi rumah purata sebanyak RM14, 580 sebulan. Kajian tersebut telah diterajui oleh Sime Darby Property Bhd dengan kerjasama Fakulti Alam Bina Universiti Malaya. Wanista ada satu artikel yang ingin dikongsikan yang mungkin boleh membantu dalam perancangan hidup.
Billionaire Hong Kong Li Ka Shing, berkongsi tips cara menggunakan wang dengan bijak dan pelan hidup 5 tahun yang boleh dijadikan inspirasi dalam memperbaiki hidup.
Sumber artikel ini adalah daripada therealsingapore.com, dialih bahasa daripada artikel asal (dalam bahasa cina), daripada laman web ceoconnectz.com oleh Edmund Ng.
Katakanlah pendapatan bulanan anda adalah RMB 2, 000, anda masih boleh dengan baik.. Saya boleh membantu anda dengan membahagikan wang anda kepada lima bahagian dana, iaitu , jumlah pertama , $ 600, kedua $ 400, ketiga $ 300, keempat $ 200, kelima $ 500.
Bahagian dana yang pertama digunakan untuk perbelanjaan hidup. Ia adalah cara hidup yang mudah yang hanya memerlukan modal kurang daripada du puluh dolar sehari. Sarapan harian vermicelli, telur dan secawan susu. Untuk makan tengah hari ambillah makan tengah hari yang mudah, makanan ringan dan buah. Untuk makan malam pergi ke dapur anda dan masaklah makanan anda sendiri ,ambillah hidangan hidangan dua sayur-sayuran dan segelas susu sebelum tidur. Kos makanan selama sebulan mungkin $ 500 – $ 600. Apabila anda masih muda, badan tidak akan mempunyai terlalu banyak masalah untuk beberapa tahun dengan cara hidup begini.
Bahagian dana yang kedua, belanjakan untuk tujuan meluaskan jaringan kenalan anda. Peruntukan RMB 100 untuk bil telefon. Anda boleh belanja rakan anda makan tengah hari 2 kali sebulan yang bernilai $150 setiap satu. Siapa orang yang anda patut belanja makan? Orang tersebut mestilah orang yang lebih berpengetahuan ,dan lebih kaya daripada anda ataupun orang yang telah membantu anda dalam kerjaya. Lakukan perkara ini setiap bulan. Selepas setahun, jaringan perkenalan anda telh menjadi sesuatu yang bernilai dan berguna kepada anda. Reputasi, pengaruh, nilai diri anda meningkat dan akan diiktiraf dengan jelas. Anda juga akan meningkatkan imej anda menjadi seorang yang baik dan murah hati.
Bahagian ketiga dana, peruntukkan untuk belajar dan menambah ilmu. Setiap bulan, belanjakan kira-kira RMB 50 – RMB 100 untuk membeli buku. Oleh kerana anda tidak mempunyai wang yang banyak, anda perlu memberi penekanan kepada pembelajaran. Baca dan hayati dengan teliti kandungan buku tersebut dan manfaatkan strategi dan pelajaran daripada buku tersebut. Fahami dengan baik kandungan buku tersebut dan anda boleh berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain dimana a boleh meningkatkan kredibiliti anda. dan merapatkan lagi hubungan. Selain itu, simpan $200 setiap bulan untuk menghadiri kursus atau kelas latihan. Bila anda mempunyai pendapatan yang lebih tinggi atau wang simpanan lebih, cuba ambil bahagian dalam kelas atau latihan yang lebih advanced . Dengan menyertai latihan/kelas yang baik, anda bukan sahaja memperoleh ilmu yang baik anda juga berpeluang berkenalan denga rakan-rakan yang berkualiti.
Bahagian dana yang keempat, gunakan untuk bercuti keluar negara. Berilah ganjaran kepada diri sendiri dengan travelsekurang-kurangnya sekali setahun .Belajar dari pengalaman hidup. Tinggal di asrama belia untuk menjimatkan kos. Dalam beberapa tahun anda akan telah pergi ke banyak negara dan mempunyai pengalaman yang berbeza. Gunakan pengalaman tersebut untuk “cas” semula diri anda supaya anda mempunyai minat dalam kerja anda yang berterusan.
Bahagian dana kelima, gunakan untuk melabur. Simpan $ 500 dalam bank untuk dikembangkan sebagai modal permulaan. Modal tersebut boleh digunakan untuk melakukan perniagaan kecil , ia lebih selamat. Anda boleh car pemborong dan cari produk untuk dijual. Jika anda mengalami kerugian, anda tidak akan mengalami kerugian yang teruk. Walaubagaimanapun, apabila anda mula mendapat wang, keyakinan dan keberanian diri anda akan meningkat. dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan akan memberi anda satu pengalaman. Dapatkan lebih banyak wang dan kemudian anda boleh mula membeli pelan pelaburan jangka panjang dan kehidupan anda akan berada dalam terjamin dan selamat dalam jangka masa panjang., dari segi kewangan anda dan keluarga. Jadi tidak kira apa yang berlaku, anda akan mempunyai dana yang mencukupi dan kualiti hidup anda juga tidak akan merosot.
Jika selepas setahun anda ‘berjuang’ dan gaji anda masih kekal RMB 2000 , itu maknanya anda seorang yang tidak berkembang. Anda patut malu dengan diri sendiri.
Baca selanjutnya di sini
** Artikel ini telah dialih bahasa kepada Bahasa Malaysia oleh Wanista