Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

[ TERKINI ] Perbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammar

by Aida Sue
February 19, 2014
25
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram
ibubapa-sweden-malaysia
Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal

Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang  terutamanya Shalwati Norshal.  Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.

Pegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.

“Mummy, I am sorry. It was my anger that started this. I will always love you and  nothing will change that.” He ended with PS I will always love  you.” – Ammar ( anak kedua pasangan itu )

” Ibu , saya minta maaf . Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku.  Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “

Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari. 

Foto - www.jobstreet.com.my

Haji Bakhil? Pengasas IKEA Sanggup Beli Pakaian di Pasar Lambak

March 14, 2016

Lebih Besar, IKEA Malaysia Bakal Buka Cawangan Kedua Hujung November 2015!

October 1, 2015

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

IKLAN

Keadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden
Keadaan di mahkamah semasa perbicaraan pasangan ini di Sweden

Pegawai pendakwaan , Anna Arnell membantah kehadiran ramai orang di mahkamah. Selepas mahkamah berehat, dua wartawan diminta untuk meninggalkan ruang mahkamah dan memerhatikan prosiding dari bilik lain.

Dakwaan 

Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati , bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani  untuk memukul anak mereka. Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul , termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.

Gantirugi

Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu. Selepas rehat waktu tengah hari, mahkamah telah ditunjukkan tiga klip video Arif sedang ditemuramah oleh seorang polis wanita .

Sumber I , II, III

Tags: A Malaysian couple is reported to be detained in Sweden for disciplining their son who did not perform his prayersAzizul Shalwati didakwa di Swedendera anak solatibu bapa pukul anak swedenibu bapa swedenibubapa swedenisu sweden malaysiamalaysian couple swedenmalaysian swedenPasangan Ibu Bapa Di Sweden Didakwa Memukul Anak Sejak September 2010Perbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari AmmarPerbicaraan Pasangan Malaysia Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammarpukul anakpukul anak swedenpukul anak tidak solatsuami isteri sweden malaysiaSuami Isteri Warga Malaysia Ditahan Kerana Disiplinkan Anak Tidak Bersolat Di Swedensweden
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.