Seorang gadis di Syria telah direjam hingga mati kerana mempunyai akaun Facebook. Gadis malang itu, Fatoum Al-Jassem telah dijatuhi hukuman mati oleh rejam oleh mahkamah agama Al-Reqqa selepas militan Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) membawanya ke mahkamah di bandar Rakka, Syria.
Menurut Examiner.com, mahkamah memutuskan bahawa seseorang yang mempunyai akaun Facebook adalah sama seperti berzina dan dengan itu dia telah dihukum bunuh. Mahkamah juga menyifatkan pembukaan akaun Facebook sebagai tindakan jahat dan tidak bermoral yang mesti dikenakan hukuman.
Sementara itu, pemberontak yang telah menyuarakan bantahan mereka terhadap ISIS akan ditangkap dan dipenjara tanpa bicara. Menurut laporan CNN, wanita di bandar itu telah diperintahkan oleh ISIS melalui poster untuk ‘menutup kecantikan mereka’, dan dilarang daripada berjumpa doktor lelaki atau meninggalkan rumah tanpa saudara lelaki. Walau bagaimanapun, ada pihak yang berkata ini adalah propanganda Barat yang ingin memusnah umat Islam di negara yang sedang bergolak itu.