Kasut adalah antara aksesori terpenting dalam penataan gaya , terutama sekali pada hari bahagia anda. Anda tentu tidak mahu pemilihan kasut yang salah meroskkan penampilan anda sebagai ratu sehari bukan. Wanista senaraikan beberapa faktor yang anda boleh pertimbangkan sebelum membeli kasut untuk hari perkahwinan anda.
1. Keselesaan
Ini adalah faktor nombor satu yang perlu anda titik beratkan. Pada hari perkahwinan anda nanti, anda perlu banyak berdiri dan bergerak . Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi. Jadi pilih kasut yang selesa dipakai , bukan yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki anda melecet.
2. Ketinggian dan tumit
Dari sudut fesyen dan kecantikan, lagi tinggi tumit kasut, lagi cantik bukan? Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui umum boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Tapi Wanista nasihatkan kepada bakal pengantin, jangan bereksperimen untuk hari penting anda ya. Jika anda tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut platfom 6 inci. Jika anda masih ingin memakainya, mungkin anda boleh berlatih “catwalk” dan membiasakan diri terlebih dahulu. Jika tidak selesa dengan tumit kasut stiletto misalnya, Pengantin punya banyak pilihan tumit kasut jenis lain, antaranya wedges atau kitten heels. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menyarung flat. Flat dari TOMS antara yang anda boleh jadikan pilihan.
3. Fabrik
Sesuai dengan status ratu sehari, Wanista cadangkan anda pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Misalnya satin, silk atau lace. Jika anda menyarung busana tradisional , fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Kasut yang mempunyai perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.
4. Stail
Walauapapun pilihan anda, anda masih boleh memilih kasut mengikut citarasa dan stail peribadi anda. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri anda sendiri dalam bergaya. Ingat anda adalah ratu pada hari tersebut . Anda berhak memilih untuk memakai apa yang anda mahukan.
5. Cuba sebelum beli
Untuk memastikan keselesaan dan saiz yang betul, jangan lupa untuk cuba dulu kasut pilihan anda. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada minit-minit terakhir atau membeli kasut tanpa cuba memakainya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin anda. Jika tidak sesuai dengan busana , anda masih sempat untuk membeli kasut yang lain bukan.
Jenis-jenis kasut
Tidak terhad kepada kasut tumit tinggi dan warna putih sahaja, pengantin alaf ini punya lebih banyak pilihan. Berikut Wanista kongsikan beberapa koleksi kasut pengantin yang mungkin boleh dijadikan inspirasi semua bakal-bakal ratu sehari.
1. Stiletto
2. Kasut terbuka/ bertali
3..Wedges
4. Flat
5. Sneakers
7 Berwarna
8. Tumit Sederhana Tinggi