Siri paling popular di Tonton Autumn Di Hatiku bakal kembali dengan musim ke-2 yang akan ditayangkan bermula 27 Februari 2014 dengan episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari. Pelakon Autum Di Hatiku musim kedua ini masih menampilkan Hanez Suraya dan Kim Jin Sung sebagai tunggak utama drama online yang berjaya menarik penonton sehingga mencapai hampir 1 juta.
Di kesempatan itu Wanista berpeluang menemubual pelakon cantik Hanez Suraya yang juga memegang watak Nina dalam drama online Autumn Di Hatiku.
Outfit Hanez hari ini nampak simple tapi masih anggun, boleh ceritakan sedikit tentang fesyen Hanez?
Seperti sedia maklum, majlis pelancaran Autumn Di Hatiku musim ke 2 bertemakan warna oren dan merah jambu bersempena dengan penaja Garnier, jadi Hanez seorang yang sukakan kelainan dan tidak mahu terlalu mengikut tema, kiranya Hanez suka lari sedikit daripada tema jadi Hanez buat keputusan padankan dengan warna putih dan hot pink juga ballet flats. Hanez hanya pakai blouse peplum rona putih, floral tight pants dan statement necklaces dan anting-anting.
Selalunya nampak Hanez dengan kasut tumit tinggi, kenapa hari ini hanya mengenakan ballet flats?
Minggu ini saja Hanez penuh dengan majlis besar yang memerlukan Hanez melaram jadi untuk majlis ringkas dan santai macam ini Hanez decide kenapa tidak ballet flats, nampak lagi selesa.
Hanez sukakan fesyen yang macam mana? Simple? Trendy? Atau hanya kepada jenama sahaja?
Hanez tidak terlalu kepada jenama, Hanez sukakan sesuatu yang cantik dan simple dan paling penting selesa, kadang-kala dengan t shirt kosong saja nampak cantik dipakai malah dipadankan lagi dengan aksesori. Orang kata biar pandai suai padan sesuatu gaya itu walaupun tidak berjenama sekalipun. Hanez sukakan blouse, legging dan statement aksesori.
Adakah Hanez tergolong dalam individu yang hanya fokus kepada jenama sahaja? Like ‘brand minded’?
Tidak sama sekali! Hanez akan beli sesuatu jika cantik sahaja walaupun harganya murah. Tapi tipulah jika Hanez katakan tidak pada branded items sebab lumrah perempuan ingin memiliki beg tangan dari jenama dunia, malah Hanez ada beberapa koleksi juga. Jika Hanez inginkan sesuatu yang berjenama kenalah kerja keras cari rezeki.
Sebelum Hanez pergi ke sesuatu event, Hanez decide outfit sendiri atau ada seseorang yang pakar tentukan?
Semuanya bergantung pada majlis apa Hanez pergi, kalau majlis grand atau formal, Hanez akan minta nasihat daripada someone expert macam pereka fesyen. Hanez akan tanya pendapat mereka tentang gaya dan pemilihan pakaian yang elok untuk Hanez. Tapi bila majlis santai, Hanez decide sendiri.
Kalau mekap pula Hanez mekap sendiri atau ada mekap artis?
Hanez ada mekap artis sendiri sebab Hanez tak yakin mekap sendiri, takut blusher terlebih, shading tebal sangat, kening lagi. Tapi Hanez cuba mekap sendiri bila attend meeting. Mekap simple Hanez boleh tapi bila hadirkan diri ke majlis formal atau santai, mekap artis yang mekapkan Hanez.
Siapa ikon fesyen pilihan Hanez?
Hanez sukakan pelakon tersohor dan berpengaruh, Angelina Jolie. Pada Hanez, fesyen Angelina simple tapi dia sentiasa outstanding dan sangat confident. Gayanya simple tetapi nampak ekslusif, macam baru-baru di Anugerah Bafta 2014, Angelina mengenakan blazer hitam Saint Laurent, sepasang seluar hitam longgar dan kasut bertumit hitam nampak kelainan di situ.
IDEA FESYEN HANEZ
Terima Kasih