Pelakon Almy Nadia boleh diberikan pingat kekasih paling setia kerana sudah lebih lapan tahun dia menunggu Fizz Fairuz ( fuyo! ) melamarnya menjadi isteri. Pelbagai ujian yang telah ditempuhi oleh pasangan ini termasuklah kisah Fizz Fairus yang pernah bertunang dengan seorang wanita selama seminggu pada bulan Februari tahun lepas tetapi putus kerana Fizz mendakwa wanita itu sudah pun berkahwin. Selama ini pun, Fizz banyak berdolak dalih tentang hubungannya dengan Almy. Tetapi kenapa Almy Nadia masih setia menunggu Fizz biarpun ramai lelaki yang datang mendekatinya?
Menurut laporan di akhbar Berita Harian, ibu Almy sendiri hairan kenapa Almy begitu taksub kepada Fizz sehingga menggelar cinta mereka sebagai ‘CINTA MATI’. Almy berkata, dia tetap teguh dengan cintanya terhadap Fizz kerana baginya hanya Fizz yang boleh menerima kehadiran anak angkatnya Nur Afrina Darwisya dan juga menerima baik keluarga Almy.
Selepas sekian lama berteka-teki, berdiam diri serta putus tunang, akhirnya Fizz Fairuz mengesahkan bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Almy Nadia pada hujung Mei tahun ini. Resepsi bakal diadakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei 2014 manakala pernikahan akan dibuat sehari sebelum, malam 30 Mei 2014.