Seorang wanita di Wilayah Zhejiang China dikatakan telah menghabiskan banyak masa melihat telefon pintarnya dalam gelap lalu menyebabkan kerosakan pada retina kanan awal minggu ini, lapor agensi berita Xinhua China.
Wanita berkenaan, Liu menjelaskan mata kanannya terasa sakit malah mula tertutup sejak minggu lepas. Liu lazimnya bermain dengan telefon pintar selama dua hingga tiga jam setiap hari dalam gelap.
“Apabila doktor menutup mata kiri saya, sekaligus mata kanan saya agak pening, malah objek berbentuk segi empat menjadi bulat,” terang Liu lagi.
Menurut doktor yang merawat Liu, mata Liu mengalami sebahagian kerosakan retina akibat daripada menggunakan telefon pintar dalam gelap. Seorang pakar mata di Zhenjiang, Zhao Bingkun berkata apabila seseorang merenung skrin terang dalam gelap boleh menyebabkan otot ciliary terlebih penggunaannya lalu memberi kesan kepada keupayaan untuk menampung perubahan dalam kanta apabila melihat objek pada jarak yang berbeza.
Kerosakan retina boleh membawa kepada buta, ophthalmologists melihat peningkatan jumlah pesakit yang mengalami keadaan itu selepas merenung skrin komputer dan telefon pintar terlalu lama.
Seorang lelaki di Wilayah Fujian yang menghabiskan 10 jam setiap hari menjalankan perniagaan dalam talian, Taobao.com kehilangan penglihatan pada mata kanannya pada bulan November lalu. – BERNAMA