Perut buncit memang mengganggu penampilan , tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Jepun mendapati bahawa lelaki paling terdedah dengan kesan dari perut buncit.
Lingkar Perut Normal Lelaki
Lelaki normal tidak boleh mempunyai lingkar perut lebih dari 90 sentimeter. Jika lelaki mempunyai ukurlilit lebih dari itu, ia bermakna terdapat banyak tompokan lemak di rongga perut.
Penyakit Biasa Dialami Oleh Orang Berperut Buncit
Perut buncit pada lelaki boleh mencetuskan masalah kesihatan yang serius , salah satunya menjadi faktor utama terjadinya obstructive sleep apnea ( OSA = berhenti bernafas semasa tidur ). Apa sebabnya? Ia akan terjadi apabila lemak visceral terkumpul di bahagian perut. Selain itu , lemak visceral boleh juga meningkatkan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah tersumbat, serta diabetes. OSA juga boleh mengurangkan pengaliran oksigen kepada organ-organ penting dan menyebabkan ritma jantung yang tidak teratur.
Perut buncit juga mampu menghalang hormon testosteron dalam badan. Setiap pengeluarannya di testis menjadi lebih cepat kerana hormon testosteron dipecahkan oleh oleh hormon adipositokin atau hormon dari lemak perut . Hal ini memberi kesan tubuh lebih mudah penat hingga terjadi penuaan lebih cepat . Hormon testosterone lelaki yang obesiti juga boleh menurun sehingga 30-40 peratus.
Rawatan
OSA boleh dirawat dengan penggunaan terapi CPAP ( continous positive airway pressure ). Kaedah ini menggunakan topeng yang berfungsi mengatur tekanan udara yang masuk ke saluran nafas saat tidur . Selain itu , mengatur pola makan dan meningkatkan aktiviti fizikal , terutama latihan untuk bahagian perut , sangat digalakkan.
Menurut kajian penyelidik dari Finland, pengurangan berat badan boleh membantu masalah OSA daripada menjadi lebih teruk. Mereka mendapati bahawa pengurangan berat badan serendah 5 peratus membantu pesakit mengurangkan masalah OSA, yang membawa kepada tidur yang terganggu.