Masalah biasa yang dialami pengguna deodoran adalah kesan yang ditinggalkan pada fabrik pakaian selepas digunakan. Deodoran menyebabkan dua jenis kesan pada pakaian. Kesan putih pada tekstil berona gelap yang kelihatan sejurus selepas deodoran diaplikasikan adalah akibat sisa garam anti-peluh yang terdapat dalam deodoran. Kesan kuning yang ketara pada fabrik berwarna cerah di bahagian bawah lengan pula berpunca dari tindak balas kimia antara bahan anti-peluh, peluh dan juga detergen. Malangnya, kesan kuning yang terhasil mustahil untuk dibersihkan, malah akan bertambah ketara dari semasa ke semasa.
NIVEA memandang serius masalah kesan putih dan kuning pada bahagian bawah lengan yang disebabkan penggunaan deodoran kerana ia tidak hanya merosakkan pakaian, namun turut menjejaskan gaya, sikap dan keyakinan seseorang. Bagi mengatasi masalah ini, NIVEA membawa deodoran ke satu tahap baharu menerusi pelancaran deodoran anti-kesan pertama di dunia pada tahun 2012 iaitu NIVEA Deodorant Invisible for Black & White.
Untuk meraikan kejayaan NIVEA Deodorant Invisible for Black & White, NIVEA berkolaborasi bersama destinasi fesyen online terkemuka Asia, ZALORA dengan mengadakan pertunjukan fesyen eksklusif yang memaparkan Koleksi Black & White. Koleksi ini mengetengahkan gabungan menarik jenama antarabangsa dan juga label pereka tempatan, memperlihatkan gaya kasual dan klasik untuk lelaki dan wanita. Gaya yang ditonjolkan mencerminkan para pengguna NIVEA yang bijak bergaya, aktif dan berkeyakinan. Para model melangkah yakin di atas pentas peragaan dalam persalinan hitam dan putih, dan semestinya dilengkapi dengan penggunaan NIVEA Deodorant Invisible for Black & White agar setiap helaian tampak berseri dan bebas dari kesan deodoran.
Sempena kolaborasi fesyen eksklusif NIVEA dengan ZALORA dan juga sebagai tanda penghargaan, pengguna setia NIVEA akan menerima baucar diskaun 20% di kedai-kedai terpilih apabila membeli sebarang deodoran NIVEA, untuk dibelanjakan di http://www.zalora.com.my bermula hari ini sehingga 13 April 2014. Para pengguna juga berpeluang memenangi hadiah menarik apabila melayari laman rasmi FACEBOOK Nivea Malaysia (www.facebook.com/mynivea) dan menyertai cabaran online Stay Stain Free with NIVEA Black & White.