Sikap seorang kanak-kanak lelaki, Ken ini boleh dikatakan sangat mulia. Setiap hari Ken meninggalkan rumah di pedalaman Filipina dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan dan sentiasa pulang dalam masa sejam selepas itu. Pelik dengan hobi baru anaknya yang sering berjalan di kawasan kejiranan, bapa Ken memutuskan untuk menyertai Ken tanpa pengetahuannya.
Bapa Ken mendapati bahawa anaknya itu telah berkawan dengan beberapa anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu – Blackie, Brownie, dan seekor anak anjing berwarna putih. Ken dilihat menyediakan makanan untuk kesemua anjing tersebut, sisa makanan diambil daripada lebihan makanan dari dapur rumah mereka. Ken bukan sahaja memberi makanan malah turut bermain dengan anjing tersebut.
Menurut bapa Ken, anjing-anjing tersebut dilihat berada dalam keadaan yang tidak sihat, dijangkiti kurap yang disebabkan oleh parasit. Kini, Ken telah mencipta satu laman web khas happyanimalsclub, khas untuk membantu mengumpul wang merawat, memberi makanan, dan mencari rumah untuk anjing-anjing terbiar ini. – VIA