Kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat dan pengguna kini perlu lebih berhati-hati terutamanya apabila dalam perjalanan keluar lewat malam. MyTeksi, aplikasi tempahan teksi mudah alih yang terkemuka Malaysia, akan melancarkan kempen keselamatan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai untuk menempah teksi dengan MyTeksi terutamanya di dalam perjalanan pada waktu malam. Aplikasi MyTeksi dibina atas dasar menyediakan perkhidmatan teksi cepat, selamat dan boleh dipercayai untuk pengguna mereka.
Bermula 24 Februari hingga 9 Mac 2014, pengguna MyTeksi bakal menerima diskaun RM7 untuk tempahan teksi yang dibuat pada lewat malam. Pengguna hanya perlu memasukkan nota “#night” di dalam ruangan “Notes to Driver” untuk tempahan yang dibuat di antara jam 10 malam hingga 5 pagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen terkini MyTeksi, layari : http://bit.ly/rm7nights
Salah satu tunggak utama MyTeksi adalah penekanan keselamatan pada pengguna mereka dan ianya dijamin melalui empat peringkat:
1. Daftar : Pemandu yang mendaftar dengan MyTeksi perlu menyediakan Lesen Teksi serta Kad Pengenalan. Pihak MyTeksi memastikan pemandu tidak mempunyai saman tertunggak sebelum mereka membenarkan mereka untuk mendaftar.
2. Maklumat : Setiap kali pengguna MyTeksi berjaya membuat tempahan dan mendapat teksi, pengguna akan disediakan dengan semua butir-butir pemandu ( nama, nombor plat , nombor telefon dan gambar). Setiap tempahan yang dibuat dengan aplikasi MyTeksi akan direkodkan dalam sistem.
3. Perkongsian Perjalanan Anda : Setiap kali pengguna MyTeksi melangkah masuk ke dalam teksi , mereka mempunyai pilihan untuk berkongsi perjalanan mereka kepada rakan-rakan mereka dan keluarga atau di saluran media sosial. Rakan-rakan pengguna dan keluarga akan disediakan pautan yang mereka boleh buka dan menjejaki keseluruhan perjalanan pengguna MyTeksi dalam masa nyata untuk memastikan pengguna sampai ke destinasi dengan selamat.
4. Maklum Balas: Apa-apa kejadian yang tidak diingini yang dilaporkan oleh pengguna dengan serta-merta disiasat dan tindakan akan diambil ke atas pemandu yang didapati bersalah.