KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat pendidikan dan hiburan interaktif di mana kanak-kanak boleh mengalami dunia dewasa dalam replika bandar yang sebenar. Tiada tunggangan dan tiada permainan arked, sebaliknya terdapat pelbagai aktiviti yang direka khusus untuk membantu perkembangan fizikal dan intelektual kanak-kanak. KidZania Kuala Lumpur akan menyambut ulangtahun yang ke-2 pada hari Ahad depan ( 2 Mac 2014 ) dan bakal memberikan 200 tiket masuk percuma!
Dengan tema ‘Good Things Come in 2s’ , KidZania Kuala Lumpur akan memberikan 200 tiket masuk percuma kepada 200 kanak-kanak terawal manakala tiket tambahan boleh didapati dengan diskaun 40% dan barangan pula akan diberikan diskaun sehingga 70%. Terdapat juga persembahan khas dan hadiah menarik yang akan diberikan sepanjang hari. Ayuh raikan ulangtahun kedua KidZania Kuala Lumpur!
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila log masuk ke http://www.kidzania.com.my/promo/2ndanniversary/.