Setelah melahirkan anak, bahagian badan seperti perut, peha, lengan, pinggang mungkin ‘lain’ berbanding sebelum menimang cahaya mata. Walaupun anda sudah mempunyai bayi, itu tidak bermakna anda tidak harus menjaga tubuh badan anda. Bagaimana caranya untuk tetap langsing meskipun sudah punyai anak ? Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan :
1. Menyusu
Tidak hanya bagus untuk bayi , menyusu badan juga boleh membantu ibu untuk menurunkan berat badan. Doktor menyatakan bahawa menyusu bayi boleh membakar sekitar 500 kalori setiap hari. Banyakkan?
2. Minum Banyak Air
Sekurang-kurangnya minumlah 10 hingga 12 gelas setiap hari kerana hal ini dapat membantu menyegarkan dan melangsingkan tubuh. Jika air kencing berwarna kuning , ini petanda dehidrasi kerana itu anda perlu minum banyak air. Air memperlancar sistem tubuh yang memang terdiri bendalir.
3. Makanan Makanan Seimbang
Pastikan anak makan makanan yang seimbang. Jangan lupa makan buah – buahan , sayur-sayuran , daging tanpa lemak , ikan , dan produk susu rendah lemak.
4. Bersukan
Tidak perlu pergi ke gym untuk melangsingkan tubuh , anda boleh bersenam bersama buah hati anda. Caranya pergilah berjalan – jalan bersama si kecil. Letakkan bayi di kereta bayi atau dokong bayi sambil berjalan-jalan. Membuat kerja rumah yang ringan atau menguruskan bayi pun boleh menurunkan berat badan si ibu!
5. Makanlah Hanya Saat Lapar
Walaupun anda sedang menyusu badan, jangan makan sesukahati anda terutamanya makanan yang tidak sihat. Sebaiknya rancang makanan anda dan makanlah makanan dengan jumlah kalori yang tidak berlebihan.
Disyorkan agar anda tidak terlalu taksub untuk tampil langsing . Yang penting adalah pergunakan masa sebaik mungkin untuk melakukan aktiviti bersama bayi , konsumsilah makanan yang sihat dan berkhasiat , dan jangan ragu untuk bergembira dengan bayi anda.