Cetakan chevron terdiri daripada huruf “V” berulang-ulang dan ianya telah digunapakai sejak tahun 70-an lagi. Kalau kita lihat, cetakan chevron digunakan dalam pelbagai bentuk seni purba, seperti tembikar dan batu ukiran. Dalam sejarah pula, angka pangkat ketenteraan yang biasanya dikaitkan dengan lambang dan simbol chevron yang digunakan dalam pakaian seragam tentera atau polis.
Corak ini mempunyai vibe terutama retro, dan sangat popular dalam era 70-an. Sejak kebelakangan ini, cetakan chevron kembali popular dan boleh dilihat pada skirt, baju, dress, beg dan sebagainya. Aksesori juga boleh didapati dalam bentuk chevron yang mewujudkan pandangan yang bergaya dan geometri. Kami ingin berkongsi inspirasi baju,skirt dan juga dress cetakan chevron dengan pembaca Wanista.com.