Seperti anda ketahui, penunjuk perasaan anti-kerajaan di Ukraine telah mengekalkan kawalan sekitar Maidan, Kiev selama beberapa bulan sekarang dan ianya merupakan tunjuk perasaan terbesar sejak Revolusi Jingga Pro-Barat pada 2004.
Di tengah-tengah keganasan dan pergolakan politik di Ukraine, seorang penunjuk perasaan – gadis muda telah menceritakan bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan seorang pegawai polis di Kiev. Lidia Pankiv, 24 berkata dia menjadi salah seorang perusuh anti kerajaan selepas menentang rasuah dan menuntut perubahan negara merupakan hari dia bertemu dengan pegawai polis Andrei.
Lidia Pankiv merupakan seorang wartawan telah menjadi salah seorang kumpulan wanita yang bertindak sebagai perisai manusia dan berdiri di antara pegawai-pegawai polis dan sekumpulan penunjuk perasaan, berharap bahawa dengan kehadiran mereka di sana dapat menghentikan keganasan.
Menurut Lidia lagi, Andrei memperoleh nombor telefonnya secara kebetulan semasa dia menjerit memberitahu kawan nombor telefon dirinya ketika dalam kekecohan rusuhan. Sejurus kemudian, Lidia menjangkakan panggilan telefon daripada salah seorang kawan tetapi ia adalah daripada pegawai polis yang telah berdiri sejajar polis yang bertentangan itu. Andrei tidak mahu mendedahkan nama penuhnya kerana takut kehilangan kerja, tetapi memberitahunya dia mahu mengahwininya.
Andrei kagum akan keberanian Lidia, malah, dia telah melihat kedudukan Lidia yang meletakkan dirinya antara lelaki bersenjata dan orang-orang yang dia lindinginya, sejak itu dia mula sedar akan perasaanya pada Lidia.
Mesej Andrei berbunyi: ‘Despite all the commotion I remembered your phone number when you gave it to your friend. I don’t even know your name. I was standing in the night with a shield in front of you. When you stopped us from advancing, I realised that I want to marry you. Andrei.’
Keadaan makin rumit apabila Lidia telah dijemput ke sebuah stesen televisyen yang dikenali sebagai Inter untuk bercakap tentang hubungan cintanya dengan pegawai polis dari pihak lain.
Lidia bersetuju untuk ditemubual tentang kisah cintanya dengan pegawai polis walaubagaimanapun menyelar stesen TV yang membuat liputan sebelum keruntuhan kerajaan dan menyebarkan pembohongan mengenai penunjuk perasaan.
Cerita Lidia dan pegawai polis dilindungi oleh media tempatan yang masih di bawah kawalan kerajaan, malah, anggota polis berada dalam bahaya jika nama diumumkan kepada orang ramai. Satu-satunya gambar pasangan ini bersama-sama ketika temu janji pertama, walaubagaimanapun gambar pegawai polis tersebut dihitamkan dan nama keluarganya juga tidak diketahui. – VIA