Berikutan perbicaraan pasangan Sweeden di Malaysia, Shalwati dan Azizul atas kesalahan pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar, anak sulung pasangan tersebut Aishah, turut dipangggil untuk memberikan kenyataan dalam wawancara susulan yang telah dirakam . Rakaman tersebut ditunjukkan di dalam mahkamah daerah Solna, Sweden.
Sebelum ini,anak kedua pasangan terbabit, Ammar, 12 tahun, telah memberi keterangan dan memberi surat permohonan maaf kepada kedua orang tuanya ( [ TERKINI ] Perbicaraan Azizul Dan Shalwati Di Sweden : Warkah Maaf Dari Ammar ) :
“Mummy, I am sorry. It was my anger that started this. I will always love you and nothing will change that.” He ended with PS I will always love you.” – Ammar ( anak kedua pasangan itu )
” Ibu , saya minta maaf . Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “
Pada minggu lepas, pegawai penyiasat menemubual Arif iaitu anak bongsu pasangan ini yang berumur 7 tahun dan telah mengambil beberapa barang dari sebuah beg yang ditemui dalam rumah pasangan tersebut.
Dia meminta Arif menunjukkan objek yang digunakan untuk memukulnya dan Arif telah mengenalpasti dua objek yang digunaka oleh ibubapanya untuk memukul iaitu rotan panjang, penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani ( kayu yang berikat ) untuk memukul anak mereka.
Selain itu, melalui video kedua yang dipertontonkan memaparkan anak kedua mereka, Ammar, 12 tahun, yang memberitahu dia telah dipukul dengan penyangkut baju kerana mendengar muzik yang terlalu kuat ketika membuat kerja rumah.
Walaubagaimanapun kali ini, Aishah, 14 tahun, memberi testimoni yang tidak pasti dan samar-samar .Aishah berulang kali berkata yang dia telah lupa dan tidak pasti tentang butiran peristiwa yang telah mengjangkau dua tahun lepas. Aishah juga berkata yang dia tidak ingat apabila diminta mengimbas kejadian dipukul ibu bapanya kerana ia “sudah lama” terjadi.
Aishah turut menyatakan yang dia tidak berasa selesa untuk memberitahu tentang perkara tersebut.
“Bagi saya, ia adalah rahsia . Ianya memalukan. Adalah lebih baik untuk tidak bercakap kepada sesiapa,” kata Aishah.
“Saya rasa perkara tidak baik yang memberitahu ibu tidak tahu kira-kira, ” dia menjawab, apabila ditanya bagaimana dia merasakan bercakap kepada pihak polis.
“Saya mempunyai ingatan yang lemah. Saya mudah terlupa sesuatu perkara, “
Disebabkan jawapan yang kabur , pihak polis kemudiannya bertanya soalan yang sama kepada Aishah, namun Aishah memberi jawapan, “Mengapa saya perlu katakannya lagi?”
Aishah turut membuat pengakuan yang ibunya Shalwati sering memberi amaran kepada anak-anak mereka menggunakan penyangkut baju apabila mereka tidak mengikut arahan.
“Dia (ibu) memberi amaran dengan menakut-nakutkan kami. Saya sudah biasa dengan perkara itu , jadi saya tidak berasa takut dan hanya melakukan apa yang dia beritahu saya untuk buat,” kata Aishah.
Namun Aishah menolak untuk memberitahu sebarang insiden yang melibatkan bapanya dengan memberi alasan terlupa.
“Saya benar-benar terlupa mengenainya.” kata Aishah.
Perbicaraan kes tersebut akan disambung semula 28 Februari ini.
Sumber : www.mstar.com.my