Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Resepi

Tips Dan Resepi Kek Pisang Mudah

by Aida Sue
March 5, 2014
Sumber gambar : http://1.bp.blogspot.com/_Er2ud4wYQ3k/TUN9EKLE5YI/AAAAAAAAAA8/Vg5Hl9Rguk0/s1600/banana+cake+image.JPG

Sumber gambar : http://1.bp.blogspot.com/_Er2ud4wYQ3k/TUN9EKLE5YI/AAAAAAAAAA8/Vg5Hl9Rguk0/s1600/banana+cake+image.JPG

Share on FacebookShare on Twitter
Sumber gambar : http://1.bp.blogspot.com/_Er2ud4wYQ3k/TUN9EKLE5YI/AAAAAAAAAA8/Vg5Hl9Rguk0/s1600/banana+cake+image.JPG
Sumber gambar : Lifeofwanderingjew.blogspot

Bahan-bahan 

  • 90gram mentega
  • 90gram gula halus
  • 1 biji telur
  • 2-3 biji pisang ( dilecek dengan 1 sudu teh kapur )
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan yang disatukan kemudian diayak ( Bahan B )

IKLAN
  • 120gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu besar susu

Cara-cara

  1. Griskan bekas acuan segiempat sama dan alaskan dengan kertas minyak bergris.
  2. Putar mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi.
  4. Campurkan bahan pisang lecek dan esen vanila. Kacau rata dan masukkan bahan B dan susu.
  5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 175 darjah selama 35-40 minit.

Soalan jawab :

1. Apa jenis pisang yang sepatutnya digunakan supaya kek pisang berbintik-bintik hitam?

Jawapan : Banyak jenis pisang boleh digunakan tetapi apa yang penting, pisang itu mestilah masak. Untuk mendapatkan kesan bintik hitam pada kek pisang, cuba gunakan pisang rastali.

2. Kek elok tetapi bahagian dalam terlalu basah, apa silapnya?

Jawapan : Cuba gunakan dua biji pisang rastali masak yang sederhana besar. Pisang emas tidak sesuai untuk dibuat kek. Pastikan ketuhar dipanaskan pada suhu yang tepat. Sebelum dikeluarkan dari ketuhar, uji kek dengan lidi kayu : kek itu masak apabila lidi tidak melekit selepas dikeluarkan.

Tags: kek pisangkuih pisangresepi kek pisang mudahresipi kek pisang mudahTips Dan Resepi Kek Pisang Mudah
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan