Isu ‘nasi lemak telanjang’ yang dilontarkan oleh chef terkenal tanahair iaitu Datuk Chef Wan terus menjadi topik perbincangan hangat di media masa kerana kelmarin, seorang lagi chef terkenal iaitu Chef Zam telah meluahkan rasa kecewanya terhadap mutu dan kualiti makanan yang dihidangkan di dalam penerbangan Malaysia Airlines. Seorang pengguna Facebook telah dihidangkan dengan nasi berlaukkan asam pedas dan juga sayur campur yang diletakkan bersama-sama. Hidangan itu juga tidak dilengkapi dengan coklat dan pencuci mulut seperti selalu. Penumpang tersebut, Encik Razif Shamsudin kemudian telah meluahkan rasa kecewa kepada Chef Zam di laman Facebook.
Artikel Sebelum : Transformasi Hidangan Nasi Lemak Kelas Ekonomi Pesawat MAS Dulu Dan Sekarang
Chef Zam memberikan komen di laman sosial Instagram miliknya :
There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called cuisine is this ridiculousness? It really embarrassingly undermines the government’s effort, tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payer’s hard-earned money every year trying to paint a glorious pictured of our cuisine to the world. Some people up there must go now!
Ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan yang dihidangkan di dalam penerbangan MAS ( Malaysia Airlines ). Ia adalah satu perkara yang memalukan bukan sahaja untuk penumpang domestik tetapi yang paling penting kepada tetamu luar negara. Bagaimana anda hendak mempromosikan negara ini sebagai syurga makanan di mata dunia tetapi pada masa yang sama hidangan pertama yang diberikan adalah hidangan tidak wajar seperti ini? a? Ia benar-benar melemahkan usaha kerajaan dan pelancongan Malaysia dan juga wang pembayar cukai setiap tahun yang cuba untuk mempromosikan hidangan Malaysia kepada dunia. Sesetengah orang di sana ( MAS ) mesti keluar!