Masih ingat lagi dengan kisah bekas model, Felixia Yeap yang anggun berseri mengenakan hijab. Kali ini, kritikan yang dihadapinya apabila ramai yang mempersoalkan tentang tindakannya menutup aurat. Malah, Felixia mempersoalkan segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya itu. Padahal dia hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.
“Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya… adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?
“Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya. Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?,” katanya yang berkongsi luahan isi hati di laman Facebook semalam.
Walaupun segelintir mengecam tindakannnya tetapi masih ramai yang menyokong dan memberi kata-kata semangat terhadap niat murninya itu.