Butik jenama dari Australia Rip Curl cawangan Sunway Pyramid telah berpindah lokasi dari wing lama ke lot yang lebih luas di wing baru. Butik berkeluasan 1, 528 per segi itu juga telah bertukar wajah kepada konsep mesra alam ! Selain memberi beg kertas kitar semula kepada pelanggan,butik ini juga menjadikan bahan kitar semula sebagai hiasan dalaman keseluruhan kedai.
Rip Curl Malaysia telah bekerjasama dengan syarikat reka bentuk dalaman tempatan butik dalam mendapatkan bahan daripada sumber seperti kayu lama dan paip logam daripada kawasan di dalam dan sekitar Lembah Klang.
Bahan-bahan tersebut telah digunakan untuk membina panel dinding, bilik persalinan, dan kabinet pameran di kedai Rip Curl Sunway Pyramid yang baru . Dengan konsep baru ini, cawangan Sunway Pyramid Rip Curl menawarkan pengalaman membeli-belah berbeza dan lebih selesa untuk peminat pantai dan pakaian luncur air . Ia juga sejajar dengan salah satu nilai teras Rip Curl yang mementingkan persekitaran tempatan.
Untuk melihat konsep terbaru tersebut, anda boleh mengunjungi sendiri lot terbaru Rip Curl di Sunway Pyramid berlokasi di
Lot G1.106, Ground Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall