Bermula 3 hingga 9 Mac depan, tiga lagenda Malaysia iaitu Awie, Erra Fazira dan juga Ziana Zain bakal menggegarkan pentas Penggung Sari Istana Budaya dalam Konsert Teaterikal Suara Kita. Jadi, sekarang ini sedang rancak dan sibuk dengan latihan jadual sebelum berlangsungnya teater tersebut.
Dalam pada itu, seperti yang kita semua sedia maklum akan status terbaru pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira jadi pengarah Konsert Teaterikal Suara Kita, Erma Fatima telah mengurangkan beberapa babak romantis dan intim yang melibatkan Erra dan Awie yang merupakan pasangannya dalam teater tersebut.
Erma Fatima mengakui terdapat kesukaran dan batas yang harus dia patuhi dalam adegan yang melibatkan Erra bersama Awie. Namun bagi menghormati status Erra dan juga batas, saya terpaksa ubah semua babak-babak intim antara Erra dan Awie. Ini merupakan permintaan Erra sendiri.
“Ini kerana ada yang mempertikaikan isu Erra yang masih dalam tempoh edah dan sebagainya tetapi secara hukumnya ia bukanlah seperti yang didakwa oleh setengah pihak. Kalau nak diikutkan, saya mempunyai hak untuk mempertahankan karya ini agar tidak lari daripada jalan cerita sebenar filem,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Erra disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Hasil perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5, yang diberi hak jagaan sepenuhnya kepada Engku Emran.